Tarikh | 11 September 2023 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan menghasilkan karya animasi menggunakan laman web Storyboardthat.
Aktiviti
Pada permulaan, petugas memperkenalkan laman web Storyboardthat kepada peserta dan memberi penerangan ianya dapat membantu seseorang menghasilkan karya penceritaan secara digital menggunakan elemen animasi. Storyboardthat menyediakan pelbagai kemudahan seperti variasi template, karakter, bahan media, elemen rekaan cerita, penetapan ekspresi wajah dan gerakan karakter, penyesuaian jenis dan saiz font serta banyak lagi fungsi yang sangat mesra pengguna.
Seterusnya, peserta dibimbing untuk memulakan rekaan cerita dengan memilih tetapan latar belakang, situasi serta menambah masuk pelbagai elemen bagi melengkapkan kisah yang ingin diilustrasikan. Pada akhirnya, peserta berjaya menghasilkan sebuah ilustrasi cerita digital yang ringkas menggunakan laman web Storyboardthat.