Tarikh | 21 September 2023 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari |
Lokasi | PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Kelas bimbingan menguruskan kewangan individu secara sistematik.
Aktiviti
Pada permulaan kelas, penceramah memberi pengenalan kepada kepentingan menguruskan kewangan secara sistematik dan efisien dimana kewangan juga meliputi pengawasan, penciptaan, perbankan, kredit, pelaburan, aset dan liabiliti yang membentuk sistem kewangan. Peserta juga dibekalkan tips dan langkah yang betul untuk memahami keadaan kewangan semasa, merancang belanjawan perbelanjaan bulanan, mewujudkan matlamat kewangan dan mendisiplinkan diri untuk simpanan tabung kecemasan. Disamping penerangan yang diberikan oleh penceramah, peserta juga bertanyakan beberapa soalan bagi mengukuhkan kefahaman terhadap setiap sub-topik.