Tarikh | 14 Julai 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta untuk berfikir secara kreatif.
AKTIVITI
Bagi aktiviti ini, petugas menerangkan cara-cara meniup balon tanpa menggunakan mulut dan pam balon. Peserta dibekalkan dengan balon, cuka, serbuk soda bikarbonat dan botol kosong untuk aktiviti ini. Peserta diminta untuk memasukkan sedikit cuka kedalam botol kosong dan sedikit serbuk soda bikarbonat kedalam balon. Seterusnya, peserta diminta untuk memasukkan bukaan balon ke atas bukaan penutup botol untuk memasukkan soda bikarbonat ke dalam botol. Akhir sekali, balon akan mengembang tanpa ditiup menggunakan mulut kerana percampuran soda bikarbonat dan cuka menghasilkan gas karbon dioksida (CO₂) lalu menyebabkan balon berkembang.