Bermula pada 16 mei 2016 bas smart selangor telah diperkenalkan sebagai kemudahan untuk penduduk di dareah Sabak Bernam dan sekitarnya.Sejumlah RM620,000 diperuntukkan bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma tersebut.
Perkhidmatan bas percuma ini dapat membantu para penduduk Sabak Bernam dalam menjalankan kegiatan seharian dan memudahkan perjalanan mereka. Bas percuma akan merentasi laluan Sabak ke Sungai Besar seterusnya ke pekan Sekinchan. Seperti perkhidmatan bas percuma di daerah lain, bas ini turut dilengkapi perkhidmatan wifi, tempat duduk mesra OKU dan sistem maklumat penumpang.
Halaman 2 dari 2