Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, pelajar pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dibenar memulakan pergerakan secara berperingkat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai 27 April 2020.
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan seperti berikut, iaitu:
• mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain.
• menjaga kebersihan diri, dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.
• menggalakkan pemakaian alat penutup mulut dan hidung (facemask) di sepanjang perjalanan