• Picture1
  • LATAR BELAKANG

Beliau merupakan guru pencen dan ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Pada mulanya beliau membuka perniagaan sambal ikan bilis tetapi mempunyai kelemahan dalam mendapatkan sijil halal, kemudian beliau beralih kepada perniagaan laser kayu yang mana ianya lebih mudah diuruskan dan merupakan hobi beliau sejak dahulu lagi. Merupakan seorang guru seni En. Johan tidak mempunyai masalah dalam menghasilkan pelbagai jenis kraftangan kayu malah menjadikan ia sebagai punca pendapatan setelah pencen dari menjadi guru.

 

SEBELUM PENGLIBATAN PEDi 

Permulaan beliau datang ke PEDi apabila melihat iklan kelas shopee yang diiklankan oleh petugas di Facebook. Beliau  berminat ingin medigitalkan produknya tetapi tidak mengetahui cara menggunakan aplikasi shopee dan tiktok. Pendapatan beliau sekitar RM 1000- RM 500

 

SELEPAS PENGLIBATAN PEDi

Apabila sudah mendapat pembelajaran daripada petugas PEDi, En Johan terlihat lebih mengetahui cara mengendalikan shopee dan akaun tiktoknya. En Johan juga mengetahui cara membuat logo perniagaan beliau dengan menggunakan canva. Kini pendapatan beliau sudah melebihi 2k sebulan 

 

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PEDi

1) Mempelajari cara mendigitalkan produk di Shopee

2) Mempelajari cara membuat beg kuning di akaun Tiktok

3) Mempelajari cara mengedit poster dengan menggunakan aplikasi canva

4) Mempelajari cara membuat video dengan menggunakan aplikasi CapCut

5) Berpengetahuan tentang cara menggunakan internet dengan bijak

 

BAGAIMANA PEDi MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/ PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

1) PEDi  mengadakan kelas latihan bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT.

2) PEDi Bagan Nakhoda Omar sebagi pusat pendidikan pembelajaran berterusan sepanjang hayat.

3) Memanfaatkan penggunaan kelengkapan ICT yang sedia ada.

 

UNTUK VIDEO KLIK DISINI