Latar belakang
Cik shazulaika mempunyai diploma akuantan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Pahang. Terdahulu Cik shazulaikha adalah seorang kerani akaun di salah sebuah syarikat perkapalan selama 5 tahun. Kemudian, beliau menyambung kerja di perabot Haji Ibrahim Sabak Bernam. Selepas itu, beliau diberi tawaran untuk menjadi agen coway. selepas merasakan pendapatan sebagai agen coway sangat menguntungkan, beliau mengambil keputusan untuk terus menjadikan kerja tersebut sebagai kerjaya sepenuh masa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau sekitar rm 1100 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Malaysia Bagan Nakhoda Omar, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosi dan memasarkan product beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- 1) Pusat internet membantu mempromosikan produk malah memberi peluang kepada beliau untuk menjadi wakil usahawan pada hari lestari ICT dan cakna kesihatan.
- 2) Memberi kelas tambahan
- 3) Video tentang perniagaan beliau menjadi viral melalui PEDi
- 4) Pusat internet membekalkan wifi percuma dalam melaksanakan kerja-kerja kekeranian seperti menghantar pesanan pelanggan dan yang berkaitan kepada HQ