Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat berikutan insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlanggar dan terhempas sewaktu sesi latihan.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM telah memperkenan permohonan pembatalan tersebut, jelas Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
“(Keputusan) ini dibuat atas perkenan Sultan Selangor. Difahamkan, baginda pun akan mencemar duli bagi majlis berkenaan," katanya pada sidang media di Lumut, Perak hari ini.