Mazly Homestay menyediakan tempat penginapan sementara sama ada sendirian atau pun berkeluarga. Disebabkan Mazly Homestay berhampiran dengan IPN, ILDAS Politeknik sultan Idris Shah ramai pengunjung yang datang dari jauh akan menginap sementara di sini, berikutan penginapan ini berhampiran dengan tempat tersebut.
Nama Tempat/Bangunan: Homestay Mazly
Address: Lot 4029, Jalan Besar, Kg. Teluk Rhu, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam , Selangor
Telephone No: 0195708700 / 0195718629
Website: https://www.facebook.com/Mazly-Homestay-1945608678816188
Homestay cikgu merupakan penginapan terletak di Kampung Bagan Nakhoda Omar. Dinamakan sebagai Homestay cikgu kerana pemiliknya merupakan seorang guru. Homestay cikgu menyediakan penginapan yang selesa untuk mereka yang berkeluarga ataupun berkumpulan.
Nama Tempat/Bangunan: Homestay Cikgu Sabak Bernam
Alamat: Lot 2848, Simpang 4 BNO, 45200 Sabak Bernam, Selangor
No tel: 019-646 5480
website: https://www.facebook.com/homestaycikgusabakbernam
Pantai Bagan Nakhoda Omar merupakan kawasan tumpuan di daerah ini sejak sekian lama. Kini, sekitar kawasan pantai telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk menarik para pengunjung bertandang ke kawasan tersebut.
Mengambil masa kira-kira 30 minit dari Pekan Sabak Bernam, Pantai Bagan Nakhoda Omar begitu mudah dihubungi terutamanya melalui jalanraya dan pengunjung berpeluang untuk menghirup udara yang nyaman bersama keluarga di samping menjamu selera di gerai-gerai yang menyediakan pelbagai hidangan terutamanya makanan laut segar dari laut.
Pemandangan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Gerai makan yang terdapat berhadapan kawasan Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam
Salah satu tempat menarik di Sabak benam ialah Kelong Paradise Resort. Bagi golongan kaki pancing tempat ini adalah salah satu tempat yang manarik dan wajib di cuba. Kelong Paradise ini merupakan pelantar atas air yang terletak kira-kira 15 batu nautika dari Jeti Bagan Nakhoda Omar.
Antara ikan-ikan yang menjadi rebutan dan kegilaan kaki pancing di sini ialah ikan kerapu, jenahak,senangin,bawal, pari, demuduk dan gemala. pengunjung yang berkeinginan untuk ke sini disarankan untuk mengambil pekej yang disediakan termasuk dengan pengangkutan bot pergi dan balik serta perkakasan untuk memancing.
Nama Tempat/Bangunan: Kelong Paradise Resort
Alamat: Jetty Kelong Paradise Bagan Nakoda Omar, 45200 Sabak, Selangor
No tel: 012-210 3995
website: https://www.facebook.com/kelongparadisesabakbernam/