Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan pertemuan sebelum dan selepas pengumuman PKPB oleh YAB Perdana Menteri pada 1 Mei yang lepas. Pengisian pertemuan dan mesyuarat terbabit yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara Selangor, Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, Selangor Task Force Covid-19 (STFC) dan Datuk Bandar, YDP Majlis dan Pihak Berkuasa Tempatan menumpu kepada usaha menyediakan garis panduan bagi negeri Selangor terutamanya persediaan pembukaan sektor ekonomi.
Justeru dapatan dari kesemua sesi rundingcara tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk melaksanakan PKPB dengan pertambahan perincian berikut:
 
 
1. Restoran, para penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan untuk beroperasi mulai 4 Mei 2020 terhad kepada urusan bawa pulang (take away) dan penghantaran (delivery) dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Manakala peniaga tiada berpremis termasuk penjaja tepi jalan dan trak saji (food truck) hanya dibenarkan untuk beroperasi selepas 12 Mei 2020 bagi memastikan pihak PBT dan peniaga mempunyai cukup masa untuk mengatur persediaan untuk penjarakan sosial dan ‘contact tracing’. Namun, pasar malam, pasar pagi, jualan karnival, bazar Ramadan dan Aidilfitiri tidak dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
 
 
2. Industri pembinaan dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tetapi syarikat harus menyediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19 untuk mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing terlebih dahulu.
 
 
3. Bagi sektor sosial, orang awam dibenarkan untuk melakukan aktiviti senaman di kawasan lapang dan taman komuniti dengan mengamalkan penjarakan sosial. Kegiatan di taman-taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tidak dibenarkan. Semua kemudahan rekreasi dan sukan dalam kawasan berbumbung / tertutup seperti kolam renang dan gimnasium masih ditutup. Aktiviti hiking seperti di Bukit Gasing juga tidak dibenarkan. PBT akan mengeluarkan notis susulan senarai taman awam yang dilarang buat orang awam sewaktu PKPB ini.
 
 
Keputusan ini terpakai kepada seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini. Manakala bagi butiran lain adalah berdasarkan ketetapan dan garis panduan MKN yang telah dikeluarkan terdahulu.
Semua sektor adalah ditegaskan untuk melaksanakan amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti pemakaian topeng muka, amalan pencucian tangan yang kerap dan mengelakkan dari menyentuh muka.
 
Kerajaan Negeri turut memperkenalkan suatu system pengesanan kontak (contact tracing) yang komprehensif bagi melengkapi usaha-usaha KKM dan akan diperkenalkan esok.
Kerajaan Negeri menyedari tanggungjawab untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kemaslahatan rakyat. Justeru, langkah bertahap yang dilaksanakan amat perlu sebagai sebahagian dari pendekatan “soft landing” supaya kesan wabak Covid-19 ini dapat ditampan dengan lebih baik.
 
Sumber : SUK Selangor
 

Paling penting adalah langkah catat nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran. Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan- pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

Banyak premis boleh mula dibuka mulai 4hb Mei 2020... namun banyak perkara yang perlu di patuhi

#JomMoveOn #NormaBaru

94640157 2618576818432174 4517207552643039232 n

Tindakan kuarantin semua penggembara yang baru pulang dari luar negara bermula 3 april di stesyen kuarantin di seluru negara adalah satu tindakan yang tepat kerana 139 kes positif telah dikesan.

Bayangkan jika 139 pengembara ini pulang ke rumah masing masing dan menjangkiti keluarga masing masing, lebih banyak sub kluster akan muncul diseluruh negara.

Pengembara dari negara Indonesia mencatatkan kes positif tertinggi dengan 99 kes , diikuti oleh pengembara dari UK dan Singapura.

#skmm
#stayathome
#staysafe
#COVID19

94315727 2463638607070028 4188708714175266816 n

Khas Untuk Semua Peniaga!
Tunaikan Zakat Perniagaan Anda!

InsyaAllah rezeki dan perniagaan kita juga akan lebih subur dan berkembang

Zakat kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Asnaf fakir miskin di Selangor melebihi 60,000 keluarga. Inilah peluang kita bersama membantu mereka

Bayar zakat saham anda secara online di https://fpx.zakatselangor.com.my

Lepas bayar, jom sertai kempen dengan klik bit.ly/zakatniaga20201

Hadiah menarik menanti anda!

94392694 10158161585506221 2858079153830232064 o

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH
Kemaskini Proses Permohonan Untuk Mendapat Permit Pergerakan Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).