Walaupun makan di dalam restoran telah dibenarkan, pengunjung disarankan untuk TIDAK duduk dalam premis untuk masa yang lama.
Sewaktu sedang makan, pelanggan tidak memakai topeng muka. Jika ada pelanggan yang duduk lama, berbual serta bergelak ketawa di dalam premis, ia akan meningkatkan risiko penyebaran.
Kelonggaran peraturan dilakukan untuk membantu merancakkan semula kegiatan ekonomi masyarakat setempat, ia BUKAN alasan untuk anda mengabaikan langkah pencegahan.
Ingin lepak dan berborak di kedai mamak ? Sabar dulu... belum sesuai dan belum selamat
Sebagai rujukan kepada kita semua;
aktiviti yang TIDAK dibenarkan termasuklah
1) Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai.
2) Rumah Terbuka Perayaan
3) Bersalaman dan Bersentuhan
4) Ziarah kubur, tahlil dan kenduri Hari Raya
5) Marhaban rumah ke rumah
6) Berpesta
Ikuti dan patuhlah kepada arahan ini.
Belajar dari pengalaman kita berdepan Kluster Pengerang di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri dan juga Sub-kluster Rembau dimana penyebaran jangkitan COVID-19 didapati turut berlaku akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara.
Contoh dan bukti kejadian sudah ada di depan mata kita. Jangan kerana mengikut keinginan dan kemahuan, kita abaikan pesanan ini.
Kehadiran syawal terus dirai walau tanpa kehadiran orang-orang tersayang di sisi.
Teruskan patuhi PKPB agar kita dapat putuskan rantaian penularan wabak COVID19.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
#skmm
#staysafe
Kebanyakan premis kini memerlukan anda untuk mencatatkan nama dan nombor telefon sebelum masuk ke premis.
Untuk mengurangkan sentuhan kepada alat tulis yang dikongsi dan memudahkan urusan harian, mungkin anda boleh gunakan handy stamp.
Kaedah lain adalah menggunakan cara digital seperti QR code dan lain lain