• Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah kerangka β€˜Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping meringankan beban kewangan rakyat. Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih. Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan β€˜coins’.  

  • Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Sumber: eMADANI, Portal Manfaat. Retrieved on December 4, 2023 from https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI.

FB IMG 1701321045872 1024x1024 

πŸ“ŒKELAS DALAM TALIAN SECARA PERCUMA !!!
Jangan lepaskan peluang dan sertai kami pada bulan Ogos ini untuk siri kelas dalam talian yang dinamik dan interaktif. Kelas-kelas yang kami sediakan merangkumi pelbagai kemahiran insaniah penting, dari komunikasi berkesan, pemantapan personaliti, penyelesaian masalah kreatif hingga kepemimpinan dan pengurusan masa.
 
 
Mengapa perlu sertai kami?πŸ˜€
πŸ“Penceramah jemputan merupakan pakar dari industri.
πŸ“Kelas interaktif melibatkan perbincangan yang ringkas dan padat serta latihan praktikal yang tidak membosankan.
πŸ“Platform dalam talian yang memudahkan anda untuk akses pautan dihujung jari.
 
Jika berminat, sila hubungi petugas PEDi untuk pendaftaran dan akses pautan.
 
Kelas Online Bulan Ogos 2023 2
Log masuk dan daftar di aplikasi e-dompet pilihan anda untuk menuntut kredit e-tunai eBeliaRahmah sebanyak RM200!
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 8.00 pagi hari ini sehingga 22 Ogos 2023.
 
Kredit RM200 eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu Boost, Setel dan Touch β€˜n Go eWallet boleh dibelanjakan sehingga 31 Ogos 2023.
 
 
347405682 662429182587896 4501735768548424364 n
 
 

Kembangkan Perniagaan Anda Melalui Pembiayaan Jaguh Serantau !

SME bank menyediakan kemudahan pembiayaan khusus untuk menyokong Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) bertaraf Bumiputera yang berpotensi menjadi jaguh serantau.

Terdapat dua jenis pembiayaan (berkonsepkan syariah) yang ditawarkan iaitu :

βœ…Kemudahan Pembiayaan Komoditi Murabahah Berjangka-i (CMTF-i)
βœ…Kemudahan Pembiayaan Ijarah Thummal Bai’ (ITB)

πŸ“ŒTujuan kemudahan adalah pemorolehan aset & modal kerja.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari πŸ‘‡
https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/jaguh.html  

362626547 255815927204100 2204003610438063971 n

Tempoh permohonan baharu / kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dibuka.

Sesiapa yang ingin membuat semakan atau membuat permohonan yang baru boleh ke PEDi Bagan Nakhoda Omar.

Tempoh sehingga 31 Mac 2023.

WhatsApp Image 2023 03 03 at 3.41.44 PM