Tarikh 15 Jun 2024
 Masa 2.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

Tujuan
Membimbing pelajar untuk menggunakan laman web Canva sebagai editor bagi menghasilkan kad digital.


Aktiviti
Petugas memberikan pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada laman web Canva melalui aktiviti membuat kad raya digital sempena Hari Raya Aidiladha. Antara fungsi yang telah dipelajari oleh peserta adalah membuat teks dan bentuk, menukar jenis font, saiz dan warna tulisan, menambah gambar, elemen grafik dan animasi pada rekaan mereka. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan kad raya aidiladha mengikut kreativiti masing-masing. 

Gambar Disini

 

 

 Tarikh 15 Jun 2024
 Masa 12.00 Tengahari -1.00 Petang
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

 

Tujuan
Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana roket bergerak dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

Aktiviti
Para petugas membuka tutorial menghasilkan roket bergerak di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan roket bergerak dengan menggunakan bahan bahan seperti kertas, tali, gunting dan pita pelekat. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana roket bergerak dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.
Gambar Disini

 

 

 Tarikh 15 Jun 2024
 Masa 10.00 Pagi -11.00 Pagi
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

Tujuan

Memberi latihan menggunakan tetikus dengan baik.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk melayari laman web Wordwall dan membuka permainan pendidikan yang berorientasikan penggunaan tetikus iaitu Ejaan nama negeri dalam Malaysia. Menerusi permainan Ejaan nama negeri dalam Malaysia, peserta perlu menyusun huruf yang dipaparkan pada skrin bagi menyelesaikan cabaran pada setiap tahap. Disamping melengkapkan cabaran mereka, para peserta dapat melatih diri untuk menggunakan  tetikus dengan lebih cekap.

Gambar Disini

 Tarikh 15 Jun 2024
 Masa 11.00 Pagi -12.00 Tengahari
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

Tujuan

Menguji tahap kepantasan menaip bagi setiap peserta.

Aktiviti

Petugas meminta peserta melayari laman web 10 FastFingers yang menyediakan berbagai set ujian kepantasan menaip. Peserta boleh membuat pemilihan bahasa bagi melaksanakan ujian, dan juga tahap bilangan patah perkataan yang disediakan samada mencapai 200 atau 1000 patah perkataan bagi masa 1 minit yang diberikan. Apabila peserta mula menaip perkataan yang pertama, durasi masa akan mula berdetik hingga tamat 1 minit yang diperuntukkan. Setelah selesai, bilangan perkataan per minit akan dipaparkan supaya peserta dapat mengukur tahap kepantasan mereka dan membuat perbandingan bagi ujian seterusnya.
 
 
 
 Tarikh 15 Jun 2024
 Masa 9.00 Pagi -10.00 Pagi
 Lokasi NADI Bagan Nakhoda Omar
 Peserta 11 Orang

 

Tujuan

Memberi asas kemahiran komunikasi berkesan terhadap individu.

Aktiviti

Peserta ditayangkan dengan video kemahiran komunikasi oleh pakar. Antara kandungan video yang disampaikan oleh penceramah adalah berkaitan adab dan etiket ketika berkomunikasi dalam suasana atau konteks berbeza, cara penggunaan nada, gaya suara dan laras bahasa yang sesuai, kemahiran penggunaan bahasa tubuh serta beberapa tips komunikasi bagi menonjolkan kredibiliti dan pembawaan diri. Seterusnya beberapa orang peserta diminta kehadapan dan berucap dihadapan yang lain.

Gambar Disini