Tarikh | 20 April 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Bimbingan kaedah penulisan copywriting berkesan untuk pemasaran perniagaan.
Aktiviti
Bengkel ini dijalankan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Penceramah ialah Tuan Firdhaus Muntazar yang merupakan pengasas Bootcamp Revolusi Online dan berpengalaman dalam bidang pemasaran digital selama lebih dari 15 tahun. Pada sesi ini, peserta diberikan penerangan tentang penstrukturan semula formula Copywriting yang sering digunapakai seperti PSR iaitu Problem, Solution, Result kepada HPSRA iaitu Headline, Problem, Solution, Result, Action. Disamping itu, pelbagai contoh penulisan serta situasi pemasaran yang diketengahkan oleh penceramah hingga mampu membuka minda usahawan tentang idea baru copywriting yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan leads dan sale perniagaan.
Tarikh | 21 April 2024 |
Masa | 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Membimbing individu secara asas mengenai penampilan diri yang profesional dan kemas di tempat kerja.
Aktiviti
Antara sub topik yang dibawakan oleh petugas adalah mengenai pemilihan pemakaian dan aksesori yang sesuai, bersih dan kemas bagi staf lelaki dan wanita di tempat kerja, adab,etika dan kemahiran komunikasi profesional yang mampu melonjakkan kerjaya dan reputasi organisasi. Disamping penerangan, petugas membenarkan peserta untuk bersoal jawab bagi sebarang kemusykilan berkaitan topik yang dikongsikan.
Tarikh | 19 April 2024 |
Masa | 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Memberikan latihan matematik secara interaktif sebagai pemantapan program STEM.
Aktiviti
Petugas membimbing peserta untuk melayari laman web ABCYA yang menyediakan pelbagai permainan pendidikan secara interaktif. Menerusi aktiviti Math Quiz, peserta harus menjalani cabaran Math Bingo yang menghimpunkan soalan-soalan matematik merangkumi 4 operasi asas iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan bahagi. Jawapan bagi soalan yang ditunjukkan dipamerkan dalam bentuk blok-blok angka yang perlu di klik oleh peserta.
Jika jawapan yang dipilih adalah betul, blok tersebut akan digantikan dengan sebuah animasi dan jika ia dapat membentuk satu blok garisan berterusan, garisan tersebut disebut BINGO. Ia menandakan peserta berjaya menyempurnakan cabaran pada sesuatu tahap. Aktiviti ini sangat mencabar daya pemikiran peserta dalam penyelesaian masalah dan pengkayaan teknik pengiraan matematik dengan cekap dan betul.
Tarikh | 19 April 2024 |
Masa | 5.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Pembelajaran untuk menggunakan teknologi Artificial Intelligence bagi (AI) menghasilkan Animated Drawing.
Aktiviti
Tarikh | 18 April 2024 |
Masa | 3.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi |
NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Memberi bimbingan penjagaan prestasi kelajuan komputer / komputer riba.
Aktiviti
Peserta diberikan risalah panduan 3 kaedah yang boleh dijalankan ke atas komputer bagi meningkatkan prestasi kelajuan komputer iaitu bersihkan fail "Temp", tutup program startup yang tidak perlu atau tutup background apps. Petugas membimbing peserta untuk mencuba setiap langkah yang dicadangkan hingga selesai.