Tarikh | 17 Julai 2024 |
Masa | 4.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
TUJUAN
Untuk membantu usahawan mencipta alat pemasaran yang berfungsi secara efektif dalam konteks profesional
AKTIVITI
Petugas menerangkan cara - cara mereka cipta kad perniagaan yang profesional menggunakan Canva. Seterusnya, petugas meminta peserta mencipta kad perniagaan dengan memasukkan identiti perniagaan dengan menggunakan unsur tulisan dan gambar. Akhir sekali, Peserta dapat menyiapkan kad perniagaannya secara profesional menggunakan kreativiti peserta.
Tarikh | 14 Julai 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta untuk berfikir secara kreatif.
AKTIVITI
Bagi aktiviti ini, petugas menerangkan cara-cara meniup balon tanpa menggunakan mulut dan pam balon. Peserta dibekalkan dengan balon, cuka, serbuk soda bikarbonat dan botol kosong untuk aktiviti ini. Peserta diminta untuk memasukkan sedikit cuka kedalam botol kosong dan sedikit serbuk soda bikarbonat kedalam balon. Seterusnya, peserta diminta untuk memasukkan bukaan balon ke atas bukaan penutup botol untuk memasukkan soda bikarbonat ke dalam botol. Akhir sekali, balon akan mengembang tanpa ditiup menggunakan mulut kerana percampuran soda bikarbonat dan cuka menghasilkan gas karbon dioksida (CO₂) lalu menyebabkan balon berkembang.
Tarikh | 13 Julai 2024 |
Masa | 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
TUJUAN
Untuk memperkenalkan laman sesawang permainan interaktif kepada peserta dan menjadikan pembelajaran tentang pecahan lebih menyeronokkan.
AKTIVITI
Petugas menerangkan mengenai permainan interaktif di laman sesawang https://www.abcya.com/ dan menerangkan cara bermain fraction fling kepada peserta. Seterusnya, Peserta diminta membuka laman sesawang https://www.abcya.com/games/fraction_fling dan memulakan permainan. Akhir sekali, peserta dapat dinilai kefahaman berkaitan pecahan melalui markah yang diperoleh di akhir permainan.
Tarikh | 14 Julai 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 2 Orang |
TUJUAN
Memperkenalkan laman sesawang permainan interaktif yang sesuai untuk pelajar sekolah dan meningkatkan kreativiti serta kemahiran menyelesaikan masalah.
AKTIVITI
Petugas menunjukkan cara permainan Factory Balls di laman sesawang https://www.engineering.com/games/factory-balls/. Peserta diminta membuka laman sesawang tersebut dan bermain permainan tersebut. Akhir sekali, dengan permainan Factory Balls peserta dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana untuk memenangi setiap peringkat dalam permainan ini, peserta perlu berfikir secara strategik dan merancang pendekatan yang perlu digunakan
Tarikh | 13 Julai 2024 |
Masa | 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | NADI Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 1 Orang |
TUJUAN
Kelas ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran menggunakan kompenen komputer menggunakan platform permainan pelajaran atas talian.
AKTIVITI
Peserta mendengar dan melihat tutorial bermain permainan pelajaran secara atas talian yang diberikan oleh petugas. Seterusnya, peserta diberi peluang bermain permainan ABCYA Cup Stacking di laman sesawangan https://www.abcya.com/games/cup-stack-typing-game. Akhir sekali, peserta dapat meningkat kemahiran menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan permainan cup stacking.