Tarikh             16 Jun 2023
 Masa   3.00 Petang - 4.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Membimbing kaedah mendaftar akaun Gmail.

Aktiviti

Petugas memperkenalkan kepada peserta tentang laman web Gmail sebagai salah satu medium komunikasi yang membenarkan pengguna berkongsi mesej, imej, pautan dan sebagainya untuk berhubung serta antara sebab pengguna perlu mempunyai akaun Gmail rasmi secara peribadi. Seterusnya, peserta dibimbing untuk mencipta akaun Gmail dan log masuk ke akaun mereka untuk memulakan menghantar emel.
 

Gambar Disini

Tarikh             16 Jun 2023
 Masa   11.00 Pagi- 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pendedahan awal pendidikan asas komputer kepada pelajar berumur 4-6 tahun

Aktiviti

Petugas memberi pengenalan tentang komputer dan internet sebagai alat teknologi asas yang memudahkan pelbagai urusan dimasa kini. Melalui slaid pembentangan, petugas memperkenalkan komponen-komponen komputer kepada para pelajar. Kemudian, kelas diteruskan dengan permainan pendidikan yang menguji ingatan terhadap topik yang dipelajari disamping memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan semua komponen komputer. 
 

Gambar Disini

Tarikh             17 Jun 2023
 Masa   10.00 Pagi- 12.00 Tengah Hari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 orang

 

Tujuan

Pendedahan kepada usahawan untuk memulakan jualan dalam talian di aplikasi Shopee

Aktiviti

Petugas memperkenalkan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi Shopee dan menunjukkan tutorial mendaftar akaun, membuka akaun kedai, memuatnaik maklumat dan gambar-gambar produk kepada para peserta. Mereka juga diberikan penerangan mengenai terma, proses dan prosedur jualan, serta kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya memulakan pemasaran di Shopee. Pada akhir kelas, semua usahawan yang turut serta telah berjaya memulakan kedai mereka secara dalam talian di Shopee.
 

Gambar Disini

Tarikh             13 Jun 2023
 Masa   9.30 Pagi- 10.30 Pagi
 Lokasi  PEDi Kampung Baru Nelayan
 Peserta  9 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran awal pendidikan asas komputer kepada pelajar umur 4-6 tahun

Aktiviti

Pembelajaran huruf besar dan huruf kecil bagi abjad A-Z dengan kaedah fonik. Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan ICT dengan kaedah permainan pendidikan yang menguji ingatan terhadap topik pembelajaran abjad yang melatih mereka menggunakan tetikus, papan kekunci serta monitor dengan kaedah yang betul.
 

Gambar Disini

Tarikh             13 Jun 2023
 Masa   3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  4 Orang

 

Tujuan

Membimbing pelajar untuk menggunakan laman web Canva sebagai editor bagi menghasilkan kad digital.

Aktiviti

Petugas memberikan pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada laman web Canva melalui aktiviti membuat kad raya digital sempena aidiladha. Antara fungsi yang telah dipelajari oleh peserta adalah membuat teks dan bentuk, menukar jenis font, saiz dan warna tulisan, menambah gambar, elemen grafik dan animasi pada rekaan mereka. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan kad raya aidiladha mengikut kreativiti masing-masing. 
 

Gambar Disini