Tarikh             3 Jun 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.00 Tengahari 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  7 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan sains secara amali tentang topik buruj.

Aktiviti

Pada permulaan, petugas memberi penerangan tentang Internet of Things secara asas kepada para peserta sebelum memulakan pembelajaran tentang topik STEM.

1. Petugas memperkenalkan tentang apakah buruj dan menunjukkan 4 jenis buruj iaitu buruj biduk, belantik, pari dan skorpio.

2. Para peserta dibekalkan dengan bahan-bahan seperti pinggan polisterin, getah dan push pin. 

3. Petugas memberi arahan kepada peserta untuk menggunakan bahan yang diberikan agar membentuk corak buruj yang dipamerkan pada skrin layar. 

4. Hasilnya, setiap peserta berjaya menghasilkan sampel corak buruj seperti yang dikehendaki.

Gambar Disini

 Tarikh             3 Jun 2023
 Masa   10.00 Pagi - 10.30 Pagi 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  7 Orang

 

Tujuan

Memberi peringatan kepada peserta tentang etika bermain permainan dalam talian.

Aktiviti

Petugas memulakan advokasi dengan membuka video berkaitan tajuk. Kemudian, dengan menggunakan poster, petugas menghuraikan tentang maksud permainan dalam talian serta beberapa peringatan yang harus diamalkan ketika melakukan aktiviti tersebut seperti tidak mengabaikan tugasan dalam kehidupan seharian, tidak terlalu taksub dengan kalah atau menang dalam permainan dan elakkan daripada membuat transaksi berbayar hingga puluhan ribu ringgit. Beberapa peserta dijemput untuk membacakan poster agar mereka lebih memberi perhatian dan berani untuk tampil kehadapan kelas.

Gambar Disini

 Tarikh             2 Jun 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.30 Tengahari 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  12 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan secara amali tentang topik bahan asid, alkali dan neutral.

Aktiviti

Pada permulaan, petugas memberi penerangan tentang Internet of Things secara asas kepada para peserta sebelum memulakan pembelajaran tentang topik STEM.

1. Petugas memperkenalkan tajuk asid, alkali dan neutral serta kaedah yang akan digunakan untuk membuat ujikaji terhadap bahan-bahan berkaitan iaitu menggunakan kertas litmus biru dan merah.

2. Video demonstrasi aktiviti daripada sumber Youtube juga ditayangkan agar peserta lebih faham tentang cara untuk menjalankan ujikaji.

3. Para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang ketua.

4. Semua kumpulan diberikan bahan untuk menjalankan amali iaitu kertas litmus biru dan merah serta kertas dan pen untuk merekod 13 hasil ujikaji.

5. Peserta menjalankan ujikaji dan menentukan jenis bahan berasid, beralkali atau neutral menerusi indikator kertas litmus.

6. Setelah semua kumpulan selesai, mereka dikehendaki membentangan hasil dapatan kajian kepada ahli kelas.

Gambar Disini

 Tarikh             2 Jun 2023
 Masa   12.30 Tengahari - 1.30 Tengahari  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  12 Orang

Tujuan

Memberi latihan kemahiran pembentangan secara asas kepada peserta.

Aktiviti

Selepas melakukan amali berkaitan ujikaji kertas litmus terhadap bahan asid, alkali dan neutral, para peserta dikehendaki membentangkan tentang hasil yang mereka perolehi secara berkumpulan. Setiap individu memperkenalkan diri dan memberitahu hasil aktiviti yang telah mereka jalankan kepada ahli kelas. Beberapa hasil dapatan juga dibincangkan agar mendapat respon daripada kumpulan lain.

Petugas memberi bimbingan untuk peserta memberanikan diri bercakap dihadapan melalui tips seperti berdiri dengan struktur badan menghadap penonton, bersuara dengan nada yang kuat dan jelas serta mengambil giliran antara ahli kumpulan untuk membuat pembentangan. Selain itu, pendengar pula dinasihatkan untuk memberi perhatian kepada kumpulan lain dan berinteraksi apabila perlu.

Gambar Disini

 Tarikh             2 Jun 2023
 Masa   10.00 Pagi - 10.30 Pagi 
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  12 Orang

 

Tujuan

Memberi peringatan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri ketika berinteraksi dalam talian.

Aktiviti

Para peserta dipertontonkan dengan video berkaitan tajuk advokasi yang akan dibincangkan. Seterusnya, petugas menggunakan poster untuk menghuraikan tentang pengajaran yang dapat diperolehi daripada video serta langkah yang perlu diamalkan untuk berinteraksi secara selamat dalam media sosial. Beberapa peserta dijemput untuk membacakan intipati poster agar mereka lebih faham tentang perbincangan tersebut disamping dapat memberi lebih perhatian dan berani untuk tampil kehadapan penonton.

Gambar Disini