Tarikh | 21 Mei 2023 |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Bimbingan asas menggunakan Canva untuk membuat poster.
Aktiviti
Peserta dibantu oleh petugas untuk menggunakan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Canva bagi membuat poster hari ibu. Peserta diberi pendedahan kepada kaedah mudah rekaan iaitu menggunakan template yang sedia ada dan mengubahsuai dengan menambah gambar, elemen atau teks yang bersesuaian dengan tujuan mereka. Hasilnya, setiap peserta berjaya menghasilkan poster hari ibu dan petugas membantu menghantar mesej tersebut kepada para ibu kepada peserta yang terlibat.
Tarikh | 20 Mei 2023 |
Masa | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi |
PEDi Bagan Nakhoda Omar |
Peserta | 3 Orang |
Tujuan
Bimbingan asas menggunakan Capcut untuk membuat video.
Aktiviti
Peserta dibantu oleh petugas untuk menggunakan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Capcut bagi membuat video yang menarik. Antara komponen editor yang dipelajari adalah seperti elemen muat naik gambar dari pelbagai sumber, pemilihan jenis font yang sesuai, pengaplikasian transisi dan kesan khas pada gambar serta penambahan muzik atau kesan bunyi yang sesuai. Pada akhirnya, setiap pelajar berjaya menghasilkan sebuah video yang lengkap.
Tarikh | 9 Mei 2023 |
Masa | 9.30 Pagi- 10.30 Pagi |
Lokasi | PEDi Kampung Nelayan |
Peserta | 18 Orang |
Tujuan
Pembelajaran awal pendidikan asas komputer kepada pelajar umur 4-6 tahun
Aktiviti
Tarikh | 9 Mei 2023 |
Masa | 3 Petang - 5.30 Petang |
Lokasi | PEDi Kampung Nelayan |
Peserta | 7 Orang |
Tujuan
Pembelajaran asas mengenai aplikasi Tiktok Seller kepada usahawan-usahawan baru.
Aktiviti
Petugas menunjukkan langkah-langkah untuk mendaftar akaun di aplikasi Tiktok yang mampu membantu para usahawan untuk membuat pemasaran dan mendapatkan hasil jualan. Seterusnya, perkongsian kepada para usahawan tentang kebaikan dan pulangan keuntungan apabila berniaga di tiktok. Petugas juga menerangkan tentang kelebihan dalam membuat affiliate bersama tiktok.
Tarikh | 8 Mei 2023 |
Masa | 1.00 Petang - 2.00 Petang |
Lokasi | SRA Parit Baru |
Peserta | Orang Awam |
Tujuan
Majlis jamuan hari raya aidilfitri di SRA Parit Baru yang menyatukan agensi-agensi komuniti setempat.
Aktiviti