Tarikh             9 Jun 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.00 Tengahari  
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  11 Orang

 

Tujuan

Melatih asas menaip dengan struktur jari yang betul.

Aktiviti

Petugas memberi arahan kepada peserta untuk membuka laman web Typing.com yang menyediakan latihan menaip mengikut tahap bermula daripada tahap "Beginner", seterusnya "Intermediate" dan "Advanced". Peserta dilatih untuk menggunakan kedua-dua belah tangan bagi menaip pada papan kekunci. Latihan permulaan menghendaki pelajar untuk menaip huruf-huruf yang berada dibahagian kiri dan kanan untuk tujuan tersebut. Peserta yang berjaya menjalani semua latihan akan dibawa ke tahap yang seterusnya.

Petugas memberi bimbingan dan penerangan agar peserta mengamalkan cara menaip menggunakan kaedah yang betul agar kebiasaan itu akan memudahkan mereka untuk menaip dengan pantas. Kelajuan dan bilangan huruf yang ditaip dengan betul direkodkan oleh sistem agar guru dapat memantau prestasi para pelajar pada setiap tahap.

Gambar Disini

 

Tarikh             4 Jun 2023
 Masa   3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  Seorang

 

Tujuan

Latihan sebelum pertandingan tafsir dan terjemahan Al-Quran.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara menyampaikan syarahan tafsir dan terjemahan kepada peserta untuk bertanding dalam Kemahiran Amal Islami (KAMIL) peringkat Daerah Sabak Bernam. Petugas memberikan contoh penyampaian tafsir dengan nada suara, gaya badan serta kontak mata yang betul agar peserta kelihatan yakin dan menyampaikan bacaan dengan baik. Peserta melakukan beberapa kali latihan untuk melancarkan tafsiran serta menyesuaikan diri dengan kaedah-kaedah penyampaian yang telah dipelajari daripada petugas.
 

Gambar Disini

Tarikh             9 Jun 2023
 Masa   11.00 Pagi- 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  11 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran asas komputer kepada pelajar berumur 5-6 tahun.

Aktiviti

Petugas memulakan pembelajaran dengan memperkenalkan komponen-komponen komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Pelajar diminta mengulang sebut nama komponen dan mengenalpasti bentuk komponen-komponen tersebut untuk aktiviti yang seterusnya. Kemudian, kefahaman dan ingatan pelajar diuji melalui permainan pendidikan kahoot. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang betul bagi beberapa soalan berkaitan komponen komputer yang telah dipelajari dengan menggunakan tetikus pada komputer masing-masing. Di samping itu, ia merupakan latihan buat pelajar untuk menggunakan tetikus dengan cekap.
 

Gambar Disini

Tarikh             4 Jun 2023
 Masa   10.00 Pagi- 12.00 Tengah Hari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  10 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran menghasilkan flatlay produk yang menarik untuk tujuan pemasaran jualan.

Aktiviti

Petugas menunjukkan cara untuk membuat flatlay produk yang cantik dan boleh menarik minat prospek untuk membeli. Petugas menyediakan beberapa setup prop yang boleh digunakan oleh para usahawan untuk produk-produk berbeza. Para usahawan telah digalakkan untuk membawa produk mereka agar dapat disesuaikan dengan prop yang disediakan bagi menghasilkan flatlay mereka sendiri.
 

Gambar Disini

 Tarikh             10 Jun 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari 
 Lokasi

 Balairaya Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  30 Orang

 

Tujuan

Mendemostrasikan kaedah dan resepi nasi minyak bagi tempahan berskala besar.

Aktiviti

Pada permulaan majlis, pengacara mengalukan kehadiran para peserta dan petugas PEDi diberikan peluang untuk memberi advokasi tentang peranan dan servis yang ditawarkan di PEDi Bagan Nakhoda Omar. Di samping itu, risalah mengenai PEDi juga diedarkan kepada para peserta. 

1. Guru masakan memulakan aktiviti dengan memperkenalkan bahan-bahan masakan serta menerangkan kaedah sukatan yang biasa digunakan untuk tempahan nasi minyak bagi aggaran 50 orang. 

2. Para peserta juga dilibatkan dalam demonstrasi untuk memasukkan bahan-bahan secara bergilir sehingga selesai masakan.

3. Acara cabutan bertuah dijalankan sambil menunggu nasi minyak dimasak sepenuhnya.

4. Kemudian, semua peserta dan hadirin dijamu dengan hidangan nasi minyak yang dimasak beserta beberapa juadah yang telah disediakan oleh penganjur.

4. Sebagai penutup, penyelaras PWB menyampaikan ucapan penghargaan dan menyampaikan cenderahati.

Gambar Disini