Tarikh             07 Ogos 2023
 Masa   10.30 Pagi - 1.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  3 Orang

 

Tujuan

Memberi pendedahan tentang pengurusan sumber manusia kepada peserta dikalangan majikan atau pekerja. 

Aktiviti

 
Penceramah memulakan kelas dengan memperkenalkan profil diri dan memulakan pengenalan berkaitan topik. Penerangan diteruskan dengan sub-topik seperti  akta kerja, akta kanak-kanak / orang muda dan tanggungjawab seorang majikan dan kriteria pekerja yang diiginkan oleh kebanyakan majikan. Disamping itu, penceramah juga mengkaitkan topik  perbincangan dengan beberapa senario yang sering berlaku dalam industri yang melibatkan pengabaian tanggungjawab majikan dan kesan kepada pekerja atau majikan sendiri. Sebelum kelas berakhir, penceramah membuka sesi soal jawab untuk memberi peluang kepada peserta menyuarakan beberapa soalan.
 

Gambar Disini

Tarikh             06 Ogos 2023
 Masa   2.30 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Pembelajaran membuat slide presentation menggunakan laman web editor Canva.

Aktiviti

Peserta dibantu oleh petugas untuk mendaftar akaun baru dan log masuk ke laman web Canva. Petugas memperkenalkan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Canva untuk menghasilkan bahan pembentangan yang menarik. Antara komponen editor yang dipelajari adalah seperti elemen teks, bentuk, gambar, menetapkan latar belakang dan transisi antara slide. Peserta juga dibimbing untuk mencari dan mengubahsuai templat pembentangan sedia ada untuk disesuaikan dengan tajuk dan kandungan yang ingin dimasukkan oleh peserta. 
 

Gambar Disini

Tarikh             05 Ogos 2023
 Masa   11.00 Pagi - 11.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Memberi latihan praktikal untuk peserta mencetak dokumen daripada komputer peribadi menggunakan mesin pencetak.

Aktiviti

Petugas membimbing peserta untuk membuat pilihan cetak pada dokumen dalam format Microsoft Word. Peserta juga diberi penerangan jika ingin memilih untuk mengubah tetapan percetakan sebelum mencetak seperti tetapan saiz, salinan, pemilihan helaian tertentu, cetakan bersebelahan atau cetakan pada kedua-dua belah halaman, penetapan warna dan sebagainya. Akhir sekali, peserta dapat mencetak dokumen dengan baik dan telah mengetahui fungsi-fungsi yang boleh digunakan pada pilihan cetak.
 

Gambar Disini

Tarikh             06 Ogos 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Melatih kemahiran peserta untuk menaip dengan pantas dalam masa yang ditetapkan.

Aktiviti

Petugas meminta peserta untuk membuat carian Monkeytype iaitu laman web yang menyediakan latihan menaip mengikut pelbagai kategori seperti perkataan, campuran nombor, tanda baca atau petikan. Penilaian keputusan menaip boleh diselaraskan kepada beberapa tetapan iaitu kategori kelajuan masa samada 15 saat, 30 saat, 1 minit atau 2 minit. Peserta dibimbing untuk menaip dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan meletakkan posisi jari pada kedua-dua bahagian papan kekunci untuk meningkatkan kecekapan menaip. Setelah peserta menyelesaikan setiap satu latihan yang diberikan, petugas memberi penerangan tentang prestasi mereka berdasarkan laporan yang dijana secara automatik dari laman web tersebut. Peserta diberi latihan berulang untuk memperbaiki rekod sebelumnya.
 

Gambar Disini

Tarikh             04 Ogos 2023
 Masa   10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Membantu usahawan untuk meneroka medium Tiktok Shop serta melibatkan diri sebagai Tiktok Affiliate.

Aktiviti

Pada permulaan bengkel, petugas memberi penerangan mengenai aplikasi Tiktok Shop serta kelebihan affiliate yang boleh digunakan oleh usahawan daripada fungsi-fungsi yang disediakan pada aplikasi tersebut. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial membuat "live" sebagai salah satu kaedah untuk usahawan dapat meningkatkan hasil jualan serta menambah "viewers" pada akaun kedai mereka. Disamping itu, usahawan juga diberikan tips serta pandangan mengenai persediaan sebelum membuat "live" seperti pemilihan waktu bersiaran, hebahan waktu siaran kepada pengikut, penyediaan teks atau info produk serta pemilihan kaedah yang ingin disampaikan ketika "live".
 

Gambar Disini