Tarikh             8 Mac 2023
 Masa   10.30 Pagi - 1 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  23 Orang

Tujuan

Program santai dengan tayangan filem Black Panther supaya dapat menyuntik semangat cintakan bangsa dan tanah air.

Aktiviti

Petugas menayangkan filem Black Panther. Petugas juga mengadakan sesi soal jawab bersama peserta tentang pengajaran yang terdapat dalam filem tersebut.
 

Gambar Disini

Tarikh             7 Mac 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  15 Orang

 

Tujuan

Membimbing pelajar untuk menggunakan laman web Canva sebagai medium bagi menghasilkan bahan grafik yang menarik.

Aktiviti

Petugas memberikan pendedahan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada laman web Canva melalui aktiviti membuat kad raya digital. Antara fungsi yang telah dipelajari oleh peserta adalah membuat teks dan bentuk, menukar jenis font, saiz dan warna tulisan, menambah gambar, elemen grafik dan animasi pada rekaan mereka. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan kad raya digital masing-masing. Petugas juga telah memberikan sedikit advokasi berkenaan jenis-jenis scam yang terdapat di Malaysia dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam.
 

Gambar Disini

Tarikh             23 Februari 2023
 Masa   9.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi  Best Western Hotel i-City, Shah Alam
 Peserta  30 Orang

Tujuan

Sesi taklimat mengenai program KITAR oleh wakil daripada MCMC kepada wakil-wakil PEDi yang terpilih sebagai 'drop point' KITAR.

Aktiviti

Wakil PEDi Bagan Nakhoda Omar menerima penerangan berkaitan peranan dan proses yang bakal dilaksanakan oleh PEDi untuk bersama menjayakan program kesedaran mengenai e-sisa mudah alih. 
 

Gambar Disini

Tarikh             6 Mac 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  9 Orang

Tujuan

Mendidik para peserta bagi menggunakan kemudahan internet sebagai sumber rujukan untuk membuat kraftangan mudah.

Aktiviti

Sebelum kelas bermula, petugas memberikan advokasi kepada peserta berkaitan peranan PEDi terhadap komuniti. Seterusnya, petugas membimbing para pelajar dalam membuat dua jenis origami mudah iaitu penanda buku dan rama-rama dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada seperti kertas warna, gunting, gam dan pen. Pada akhir kelas, semua pelajar berjaya menghasilkan origami masing-masing.
 

Gambar Disini

Tarikh             23 Februari 2023
 Masa   9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Lokasi  PEDi Bagan Nakhoda Omar
 Peserta  26 Orang

Tujuan

 Pembelajaran tentang menjadi usahwan digital bagi membantu menaik taraf ekonomi wanita khususnya suri rumahtangga.

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang kelebihan dalam menjalani perniagaan secara online. Petugas juga memperkenalkan salah satu produk (tudung) yang boleh dijual dengan harga yang murah dan sesuai untuk golongan B40.  Selain itu, petugas menerangkan cara-cara dalam memulakan perniagaan dan memasarkan produk tersebut dengan konsisten sehingga berjaya. 
 

Gambar Disini