Tarikh             16 April 2023
 Masa   3.00 Petang - 4 Petang
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Menyediakan permainan pendidikan sebagai pendekatan mengulangkaji pelajaran dengan kaedah yang menarik.

Aktiviti

Petugas memberikan pautan laman web Quiziz untuk peserta mengikuti permainan pendidikan bagi subjek bahasa melayu. Peserta menjawab soalan-soalan yang berkaitan tentang peribahasa, simpulan bahasa, pembetulan ayat, novel dan cerpen yang pernah dipelajari secara bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan markah yang terbaik.

 

Gambar Disini

 Tarikh             14 April 2023
 Masa   3.00 Petang - 4 Petang
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Bimbingan menggunakan Canva untuk membuat poster.

Aktiviti

Peserta dibantu oleh petugas untuk menggunakan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Canva bagi membuat rekaan poster yang menarik. Antara komponen editor yang dipelajari adalah seperti elemen muat naik gambar dari pelbagai sumber, pemilihan jenis font yang sesuai, pembahagian ruang untuk klasifikasi teks dan memasukkan elemen bentuk serta garisan.

 

Gambar Disini

 

 

 Tarikh             7 April 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Bimbingan menggunakan Microsoft Word untuk membuat resume.

Aktiviti

Petugas memberikan bimbingan menggunakan perisian Microsoft Word dalam pembinaan resume secara asas. Peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan kemas untuk digunakan bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

 

Gambar Disini

 Tarikh             7 & 31/03/2023 & 14/04/2023
 Masa   9.00 Pagi - 11 Pagi
 Lokasi

 Google Meet

 Peserta  Semua Petugas PEDi Wilayah Tengah

 

Tujuan

Perjumpaan mingguan antara Penolong Pengurus Wilayah iaitu En Mohd Khairul Azhairie bin Azizan bersama semua petugas PEDi Wilayah Tengah.

Aktiviti

Perjumpaan diadakan setiap hari jumaat sepanjang bulan ramadhan. Keseluruhannya, ia dapat dijalankan sebanyak 3 kali. Ia dimulakan dengan bacaan yaasin beramai-ramai dan seterusnya perbincangan mengenai sebarang isu berbangkit pada minggu semasa.

 

Gambar Disini

 

 

 Tarikh             5 April 2023
 Masa   10.00 Pagi - 12 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  1 Orang

 

Tujuan

Bimbingan menggunakan Canva untuk membuat bahan pembentangan.

Aktiviti

Peserta dibantu oleh petugas untuk mendaftar akaun baru dan menggunakan pelbagai elemen yang tersedia pada laman web Canva untuk menghasilkan bahan pembentangan yang menarik. Antara komponen editor yang dipelajari adalah seperti elemen teks, bentuk, menetapkan latar belakang dan transisi antara slide.

 

Gambar Disini