Tarikh             4 April 2023
 Masa   10.00 Pagi - 1.30 Tengahari
 Lokasi

 Zoom Online Meeting

 Peserta  171 Orang

 

Tujuan

Taklimat penyelarasan semula skop tugasan dan kemaskini laporan bagi pengurus dan penolong pengurus di semua cawangan PEDi seluruh Malaysia.

Aktiviti

Semua peserta yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus PEDi menerima penerangan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai MSD berkenaan penyelarasan skop tugasan petugas, kemaskini laporan bulanan, pengurusan utiliti dan insurans serta soal jawab tentang proses alir membuat aduan sebarang permasalahan di site masing-masing.

 

Gambar Disini

 Tarikh             13 Mac 2023
 Masa    3.00 Petang - 5.00 Petang
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  2 Orang

 

Tujuan

Pembelajarann tentang cara-cara membuat permohonan online untuk sambung belajar bagi lepasan SPM

Aktiviti

Petugas memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat permohonan UPU dan permohonan PISMP bagi pelajar lepasan SPM. 

 

Gambar Disini

 Tarikh             11 Mac 2023
 Masa   10 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi

 PEDi Bagan Nakhoda Omar

 Peserta  15 Orang

Tujuan

Memberi inspirasi kepada komuniti untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui kaedah menjana pendapatan sampingan.

Aktiviti

Penceramah jemputan iaitu Dr Solhah Husin memberi perkongsian tentang pengalaman beliau dalam mengembangkan perniagaan bermula secara sampingan sehingga menjadi punca pendapatan utama. Beliau juga berkongsi tentang beberapa teknik perniagaan dan motivasi yang mendorong kejayaannya sehingga kini.

 

Gambar Disini

 Tarikh             21 Mac 2023
 Masa   11.00 Pagi - 12.30 Tengahari
 Lokasi

 Microsoft Team

 Peserta  34 Orang

 

Tujuan

Memberi taklimat tentang penerima voucher kembali ke sekolah.

Aktiviti

Taklimat ini telah disampaikan oleh Naib Pengerusi MCMC Selangor iaitu Puan Nailah berkenaan penerima voucher shopee bagi yang layak menerimanya. Setiap PEDi akan dibekalkan dengan beberapa voucher dan menjadi tugas petugas untuk memberikan kepada komuniti yang benar-benar layak untuk menerimanya. 

 

Gambar Disini

 Tarikh             10 Mac 2023
 Masa   1 Tengahari - 2.15 Petang
 Lokasi

 Balairaya Kampung Baru Nelayan, Sungai 

 Besar

 Peserta  23 Orang

Tujuan

Jamuan perpisahan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada 2 orang penolong pengurus yang akan menamatkan perkhidmatan di PEDi masing-masing.

Aktiviti

Penolong Pengurus yang diraikan ialah Puan Norazwa Binti Said Adui dari PEDi Kg Sg Leman dan Puan Nurul Hidayah Binti Zainal Abidin dari PEDi Taman SB Perdana. Pengerusi majlis memulakan majlis dengan menjemput mereka yang diraikan untuk menyampaikan ucapan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah penghargaan daripada wakil Kluster Sabak Bernam dan sesi memotong pulut kuning sebelum jamuan bermula dan bersurai.
 

Gambar Disini